Tentang Kami

MyCareer merupakan satu platform mesra pelajar untuk memberikan pendedahan kepada pelajar, bakal pelajar dan graduan aliran teknikal dan vokasional tentang laluan kerjaya mereka. MyCareer bukan sahaja melalui pengkhususan laluan kerjaya mengikut bidang tertentu, MyCareer juga membuka peluang dan idea kepada pelajar untuk laluan pendidikan dibawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)

Projek MyCareer ini merupakan hasil pembangunan dan kerjasama dari barisan pimpinan pelajar terutama Kolej Vokasional Kuala Selangor (seliaan Majlis Perwakilan Pelajar KV Kuala Selangor dan Pemimpin Rakan Sebaya) dengan kerjasama Teach For Malaysia (TFM) dan Yayasan Hartalega (penaung utama).


#TEAM PROJEK MYCAREER

NORHAMISAH AHMAD

Norhamisah Ahmad (Amy) merupakan pensyarah dan juga kaunselor di bahagian Unit Psikologi dan Kerjaya, Kolej Vokasional Kuala Selangor. Peranan beliau sebagai penasihat kepada projek MyCareer dan sentiasa memberikan sokongan dan galakkan kepada pelajar dan alumni menambahkan seri pada kejayaan projek ini.

FARIS KAMARUDDIN

Faris ( Ris @ Farish ) merupakan ketua pelaksana projek MyCareer. Ris merupakan graduan Diploma Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web, pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembangunan Aplikasi Tahap 3 dan berdaftar dibawah Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) sebagai Juruteknik Berkelayakan (Qualified Technician). Sepanjang bergelar pelajar aliran teknikal dan vokasional, Ris juga merupakan Naib Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 dan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023. Ris sentiasa mengikuti perkembangan tentang kebolehpasaran graduan TVET KPM dan sentiasa terlibat dengan program kearah pembangunan dan pemerkasaan TVET kebangsaan.

IMAN ‘AFIFAH

Iman Afifah (Iman) merupakan pembangun platform MyCareer KVKS. Merupakan pemegang Sijil Kemahiran Malaysia bidang Pembangunan Aplikasi Tahap 3. Iman sedang melanjutkan pengajian dalam Diploma Teknologi Komputeran di Kolej Vokasional Kuala Selangor.

AHMAD TIRMIZI

Merupakan jawatankuasa Exco Kolej Kediaman, Tirmizi juga aktif dalam menjadi sebahagian daripada kumpulan kreatif dan #KrewFotografi Rasmi Kolej Vokasional Kuala Selangor. Tirmizi sedang melanjutkan pengajian dalam Diploma Teknologi Animasi 3D.

ADAM IRFAN

Kepakaran di dalam bidang Bakeri dan Pasteri tidak menghalang Adam untuk bergiat kreatif di dalam kumpulan MyCareer. Adam Irfan sentiasa mengikuti kumpulan #Outreach KV Kuala Selangor dalam usaha mempromosikan peluang pendidikan di KVKS. Adam sedang melanjutkan pengajiannya dalam Diploma Bakeri dan Pasteri pada masa ini.

NURAISYA ALIA

Raisya pernah menyandang Anugerah Pelajar Terbaik Program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web di Kolej Vokasional Kuala Selangor. Semangat juang serta lantangnya menjadikan Raisya antara ahli sokongan paling kuat kumpulan MyCareer. Seperti Iman, Raisya juga sedang melanjutkan pengajian dalam Diploma Teknologi Komputeran.


ALEEYA BALQIS

Aleeya Balqis (Bell) mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran dan sedang melanjutkan pengajian dalam Diploma Pemasaran di Kolej Vokasional Kuala Selangor. Bell juga aktif sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).