TEROKAI PELUANG PENDIDIKAN BERSAMA KAMI!

Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS) merupakan sebuah Kolej Vokasional dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV @ TVET). Kolej Vokasional Kuala Selangor terletak di Bestari Jaya dan menawarkan program Teknologi Maklumat, Seni Reka, Perniagaan, Hospitaliti dan Sistem Latihan Duo Nasional (SLDN) – Operasi Pembuatan Perabot.
KVKS menerima ambilan pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Bagi pelajar SLDN, KVKS turut menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Langkah Pertama ke aliran TVET KPM

Pengajian Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Program Yang Ditawarkan
DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN


DIPLOMA TEKNOLOGI ANIMASI 3D


DIPLOMA PEMASARAN


DIPLOMA PERAKAUNAN


DIPLOMA SENI KULINARI


DIPLOMA BAKERI DAN PASTRI


SEDIA UNTUK SERTAI KAMI ?
Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional Kuala Selangor adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti dibawah :
SOALAN LAZIM (FREQUENT ASKED QUESTION)
- Adakah Sijil Vokasional Malaysia ini di iktiraf Lembaga Peperiksaan Malaysia?
JAWAPAN :
Ya, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di iktiraf Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pengiktirafan Lembaga Peperiksaan (LP) juga adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - Adakah Sijil Kemahiran Malaysia adalah sama dengan Sijil Vokasional Malaysia?
JAWAPAN:
Tidak. Sijil Kemahiran Malaysia dianugerahkan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran dibawah Kementerian Sumber Manusia. Namun begitu, pelajar yang menduduki dan lulus SVM akan dianugerahkan SKM Tahap 3. - Apa perbezaan Sekolah Menengah harian dan Kolej Vokasional?
JAWAPAN :
Kolej Vokasional adalah penjenamaan semula Sekolah Menengah Teknik/Sekolah Menengah Vokasional. Kolej Vokasional mempunyai sistem semester sama seperti pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Tenaga pengajar di Kolej Vokasional dikenali sebagai pensyarah. - Adakah program Kolej Vokasional Kuala Selangor mendapat akreditasi dari mana-mana agensi kelayakan Malaysia?
JAWAPAN :
Ya, semua program yang ditawarkan di Kolej Vokasional Kuala Selangor mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi program bidang Teknologi Maklumat. - Adakah graduan TVET KPM layak menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi?
JAWAPAN :
Ya, graduan Diploma Vokasional Malaysia boleh menyambung pengajian setelah bergraduat/konvokesyen. Pendaftaran melalui UPU juga diterima.
